Pages

Wednesday 31 August 2011

Ibu Bapa Yang Fail Ajar Anak 18SX

Koleksi gambar fail ibu bapa jaga / ajar anak.




















Friday 19 August 2011

Fesyen Lady GAGA kini berleluasa di Taiwan 16 Gambar

















Serah Tubuh Atau Barang Kemas

. Itu pilihan diberi seorang bomoh yang kononnya pakar membuang **** dan memulihkan hubungan suami isteri pelanggannya yang semuanya wanita.

Hasil tipu dayanya, bomoh mendakwa kerabat diraja dan berpura-pura warak itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila 10 pelanggan wanitanya memilih ‘kaedah rawatan’ kedua iaitu menyerahkan barang kemas.


Bomoh berusia lewat 30-an itu berasal dari Teluk Intan, Perak, namun sebahagian besar mangsanya ditemui dan ‘dirawat’ di bilik hotel sewaannya di Jalan Klang Lama di sini antara Februari lalu hingga awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kes terbaru berlaku pada 9 Ogos lalu selepas pihaknya menerima laporan seorang wanita di kawasan Rungkup, Perak.


“Berikutan laporan itu kami menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar bomoh sebelum menipu mangsa dan meminta menyerahkan barang kemas.


“Hingga kini, dipercayai lebih 10 wanita di Kuala Lumpur dan Teluk Intan menjadi mangsanya selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Goh berkata, suspek kini direman untuk siasatan kes di Perak dan akan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut.


“Pada masa sama, polis masih memburu seorang rakan suspek yang dipercayai bersubahat dengannya,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu dan usaha mencari rakan suspek giat dijalankan kerana semua barang kemas milik mangsa berada di dalam simpanan rakannya itu.


Sementara itu, seorang mangsa bomoh itu yang mahu dikenali sebagai Rohana, 35, berkata, dia mengenali bomoh berkenaan awal Jun lalu selepas diperkenalkan adiknya.


“Dalam pertemuan itu, saya terkejut apabila lelaki itu dapat ‘membaca’ segala masalah rumah tangga saya dan suami. Dia kemudian menawarkan untuk mengubati masalah saya dengan dua cara sama ada melakukan hubungan seks dengannya atau menyerahkan barang kemas.


“Saya yang tidak sanggup mengadakan hubungan seks dengannya, lalu memilih kaedah rawatan kedua iaitu menyerahkan barang kemas bernilai kira-kira RM10,000.


“Jumlah barang kemas itu dikatakan setimpal dengan masalah saya dan bomoh itu berjanji memulangkan barangan berkenaan selepas selesai berubat bersama-sama wang pengeras 25 sen,” katanya.


Rohana berkata, selepas pertemuan pertama itu, dia seperti dipukau dan tidak mampu menolak kehendak bomoh terbabit yang meminta barang kemas bagi memudahkan urusan perubatan.


“Tapi, ternyata dia menipu. Bukan saja barang kemas saya tidak dikembalikan, tetapi masalah saya dan suami juga tidak pulih, malah bertambah parah.


“Saya cuba menghubungi bomoh itu, tetapi telefonnya ditutup dan dia melarikan diri bersama barang kemas saya,” katanya.


Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarinah dari Teluk Intan, Perak berkata, dia kerugian barang kemas bernilai kira-kira RM66,000 selepas mendapatkan rawatan bomoh itu.


“Saya menemui bomoh itu Februari lalu selepas diperkenalkan sepupu di sebuah hotel. Bomoh itu menyatakan saya mengalami masalah dengan suami dan keluarga mentua.


“Saya terkejut kerana kata-kata itu benar sebelum bomoh itu menawarkan diri untuk mengubati masalah saya dengan syarat perlu menyerahkan barang kemas dan wang tunai setimpal dengan tahap masalah saya.


“Bomoh terbabit memberi alasan barang kemas itu perlu disimpannya bagi menambah mujarab proses perubatan yang sedang dijalankan,” katanya.


Sarinah berkata, ketika itu, dia tidak mempunyai wang dan barang kemas, lalu meminjam barang kemas kakaknya dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM66,000 untuk diserahkan kepada bomoh itu.


“Pada masa sama, bomoh itu meminta saya mencari lebih ramai wanita yang mengalami masalah rumah tangga untuk berubat dengan alasan jika ini dapat dilakukan, proses mengubat penyakit saya akan berjalan lebih lancar.


“Namun, saya mendapat tahu mengenai tembelang lelaki itu selepas semua rakan yang berubat dengan bomoh itu menemui saya pada 13 Ogos lalu dan masing-masing mendakwa kerugian wang tunai dan barang kemas selepas ditipu bomoh terbabit.


“Kami membuat laporan di Balai Polis Ampang bagi menjejaki lelaki itu yang sudah menghilangkan diri bersama barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit milik mangsa ,” katanya.

Thursday 18 August 2011

Remaja 15 Tahun Hamil Anak Luar Nikah





THORNABY, Britain - Seorang remaja perempuan, Soya Keaveney (gambar) menggembirakan ibunya selepas dia hamil luar nikah ketika berusia 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika usianya baru menjangkau 12 tahun, Soya Keaveney pernah beraksi untuk sesi fotografi dengan cuma memakai pakaian dalam kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang model.

"Saya terkejut pada mulanya tetapi kini saya sungguh teruja," kata Soya yang kini hamil 16 minggu.

"Saya merupakan wanita yang pertama akan melahirkan anak dalam kalangan rakan-rakan saya, tetapi saya tidak fikir saya dewasa dengan terlalu cepat," tambahnya.

Ibunya yang menganggur, Janis, 48, turut gembira kerana kehamilan Soya membolehkan mereka memohon rumah kerajaan yang lebih besar untuk keluarga itu termasuk anak-anaknya yang lain iaitu Coco, Ritzy, Tarot dan Jake di bawah skim kebajikan Britain.

Soya mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Jake Gray, 17, hasil hubungan intim mereka pada Mei lalu.

Janis yang membenarkan Jake tinggal di rumah mereka menyatakan, anak perempuannya benci pengguguran bayi.

"Saya yakin dia akan menjadi seorang ibu yang baik dan akan mendidik anaknya dengan penuh disiplin seperti yang saya lakukan," kata wanita itu.

Syabu: Benjy Didenda RM5,000



Pelakon Benjy, anak dramatis Azean Irdawaty boleh menarik nafas lega apabila hanya didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas satu tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram di kediamannya pada Mac tahun lalu.

Majistret Hafizza Sauni memutuskan demikian terhadap Benjy, 33, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Artis lelaki tersebut disabit bersalah atas tuduhan memiliki 0.24 gram dadah jenis syabu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang, 11 Mac tahun lalu.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim yang ditemani adik perempuannya, Elza Irdalynna membayar denda tersebut.

Pelakon yang semakin berisi itu sempat berkata sesuatu kepada wartawan selepas membayar denda: “Saya lega, telah bebas dan semua berakhir, terima kasih kepada rakan-rakan atas sokongan, saya kembali.”

Pada 8 Julai lalu, Benjy dilepas dan dibebas daripada satu tuduhan memiliki 0.14 gram dadah syabu di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pukul 3 petang hari yang sama.

Remaja (Ameerah Asha) Disiasat Rancang Kehilangan


Polis hari ini mengesahkan bahawa kes kehilangan seorang remaja perempuan, Ameerah Asha Azizan, 17, dari rumahnya di Bukit Puchong, Selangor sejak 12 Ogos lalu tidak mempunyai kaitan dengan kes culik.

Sebaliknya, polis percaya remaja itu mengikut teman lelakinya yang berusia 19 tahun serta berkemungkinan berpakat untuk merancang kononnya dia diculik.

Remaja perempuan itu bersama teman lelakinya yang tidak bekerja dikatakan berpakat meminta RM50,000 sebagai wang tebusan kononnya untuk membebaskan dirinya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, bagaimanapun tindakan pasangan itu akhirnya terbongkar apabila mereka terlebih dahulu ditemui polis yang sedang menyiasat kes kehilangannya, pada pukul 9 pagi ini.

"Mereka telah menghubungi ibu bapa remaja perempuan itu untuk meminta sejumlah RM50,000 sebagai wang tebusan membebaskan Ameerah.

"Namun kita terlebih dulu menemui kedua-dua mereka dalam sebuah kereta di Saujana Puchong dan telah menahan pasangan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ameerah Asha, anak sulung daripada dua beradik dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolahnya sejak 12 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Zainal Rashid berkata, polis pada mulanya menganggap remaja itu diculik namun akhirnya mendapat petunjuk bahawa dia dipercayai lari mengikut teman lelakinya berdasarkan siasatan yang dijalankan.

Malah, katanya, remaja itu juga pernah melarikan diri dari rumah sebelum ini.

Tuesday 16 August 2011

Perhatian!! Budak Hilang !!



Siapa-siapa ada terjumpa atau terlihat adik Ameera Seperti gambar diatas,
Kucing kacak mintak tolong kepada yang terjumpa menghubungi ibu bapa atau pon balai polis yang berdekatan...
Bantuan anda amat diperlukan oleh ibu bapa adik ni.
.

Pelajar Politeknik Lakukan Hubungan Seks Bertiga (Threesome)





Tiga orang pelajar sebuah politeknik tempatan digantung kerana melakukan seks bertiga "3some" di dalam tandas.


Trio pelajar itu melibatkan dua pelajar perempuan dan seorang lelaki. Mereka ditangkap ketika memasuki tandas bersama-sama oleh sebuah kamera litar tertutup yang terletak di luar tandas berkenaan.


Mereka bertiga tidak menafikan dakwaan tersebut yang berlaku ketika hari persekolahan di dalam salah satu bangunan kelas.


Ketiga-tiga pelajar tersebut digantung berikutan siasatan yang dijalankan oleh pihak sekolah.


Apabila dihubungi, pihak politeknik tersebut menyatakan bahawa mereka tiada sebarang maklumat berhubung kejadian itu.


Sejumlah murid di sekolah tersebut kelihatannya mengetahui isu ini, malah membincangkannya di laman mikroblogging Twitter.


Difahamkan para pelajar politeknik berkenaan sering menemui kondom di dalam tandas sekolah tersebut.

Monday 15 August 2011

Kontroversi Hukuman Mati Di Dunia

10 Oktober merupakan Hari Dunia Menentang Hukuman Mati. Sayangnya masih banyak negara-negara di asia yang memberlakukan hukuman mati. Adakah kemungkinan hukuman mati dihapus total di Asia?


Setiap negara memiliki alasan tersendiri untuk memberlakukan hukuman mati. Namun ada empat cacat utama yang biasanya terlihat pada hampir semua negara dimana hukuman mati masih berlaku. Yakni sistem hukum yang tidak transparan, dimana keterangan mengenai siapa yang akan dijatuhi hukuman mati, bagaimana hukuman itu akan dijalankan, kapan dan dimana pelaksaannya itu biasanya dirahasiakan.

Jenis kejahatan yang bisa dijatuhi hukuman mati juga sangat luas, adanya kondisi dimana hukum memiliki aspek yang tidak adil, dan peluang untuk mendapatkan amnesti sangat kecil. Demikian keterangan Aurilie Placias dari koalisi penentang hukuman mati, World Coalition Against the Death Penalty, WCADP.

Salah satu kamar mati di penjara Terre Haute, Indiana, Amerika Serikat.


Meski di Asia masih banyak negara yang memberlakukan hukuman mati, Aurilia Placias optimis bahwa keadaan ini akan berubah. Menurut dia, di Asia terjadi pengurangan jumlah eksekusi. Selain itu, sudah jauh lebih banyak aktifis dan organisasi Hak Azasi Manusia di Asia yang menentang hukuman mati. Tuturnya, “Bila Anda melihat trend sejarah, selain adanya pengurangan jumlah eksekusi, gerakan anti hukuman mati semakin efisien, banyak jaringan baru di Asia, di Taiwan, di Korea, di Jepang, di India, mereka sudah mulai mengkoordinasi aksi-aksi agar bisa mendorong penghapusan hukuman mati ini lebih jauh.”

Tahun ini di berbagai negara Asia, jaringan penentang hukuman mati melakukan sejumlah aksi. WCADP bekerjasama dengan enam organisasi di Asia. Di Taiwan misalnya, berlangsung pemutaran film, debat, demonstrasi. Juga ada upaya untuk berbicara dengan para politisi mulai dari Presiden hingga jajaran anggota parlemen. Aksi-aksi serupa berlangsung di beberapa negara lain.

Menurut Aurilie Placias, keberhasilannya tidak sama di setiap negara. Ia menjelaskan: “di Jepang misalnya, Menteri Hukum dan Peradilan baru ditunjuk. Sedangkan menteri yang sebelumnya hanya menjabat selama satu bulan. Di pihak lain, di Jepang yang menentukan siapa yang akan dijatuhi hukuman mati itu adalah Menteri. Jadi ada menteri yang sama sekali menolak untuk menjatuhkan hukuman mati. Tapi ada juga yang lebih ringan tangan saat menetapkan hal itu.”

Anggota paramiliter Cina mengawal calon terhukum mati ke arena terbuka


Tahun ini di Korea Selatan, untuk keempat kalinya parlemen membahas undang-undang baru yang menghapus hukuman mati. Karenanya para aktivis terus memberikan masukan, apalagi selama sepuluh tahun terakhir hukuman mati sudah tak dilaksanakan lagi. Tahun lalu Majelis Umum PBB mengesahkan sebuah resolusi yang menyerukan penangguhan pelaksanaan hukuman mati. Resolusi PBB no 62/ 149 ini mendapatkan dukungan mayoritas. Meski 27 negara Asia telah menghapusnya, masih ada 14 negara lain yang menjalankan hukuman mati. Di antaranya, Afghanistan, Bangladesh, Brunei, Cina, India, Jepang, Malaysia, Mongkolia, Korea Utara, Pakistan, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Cinta Songsang Adam Lambert - Sauli Koskinen


CUKUP terkenal sebagai seorang penyanyi yang lahir dari program realiti televisyen American Idol, Adam Lambert baru-baru ini membuat kenyataan bahawa dia kadang kala berhadapan dengan masalah mengenai orientasi seksnya.

Mengaku dirinya gay, bagaimanapun ujar Lambert, ia adalah kenyataan yang paling sukar diterima apabila dia menyedari berminat dengan kaum sejenis pada usia yang masih muda.

Ia kemudian bertambah sukar apabila dia tiba-tiba popular dan kebanyakan media lebih membahas tentang isu orientasi seksnya berbanding kerjayanya.

"Sesekali saya terasa ia (isu gay) agak menarik apabila ramai yang mahu mengambil tahu tentangnya. Mereka seperti teruja dengan orientasi seks saya.

"Kadang-kadang saya berasa lucu apabila ada media dan beberapa pihak yang cuba mensensasikan isu saya, tapi saya faham bahawa ini adalah sebahagian daripada dunia hiburan," ujarnya kepada OK! Weekly.

Ujarnya lagi, dia memahami sebagai seorang selebriti, seluruh kehidupannya akan terdedah, bagaimanapun dia seboleh mungkin mahu menjalani percintaan dengan pasangannya, Sauli Koskinen dengan sederhana dan tidak mendapat publisiti meluas.

"Saya sedang enak dilamun cinta dan itu cukup membahagiakan saya. Dalam masa yang sama, cinta banyak membantu saya melahirkan karya yang lebih baik," katanya kepada tabloid tersebut.

Kelebihan Wanita Memiliki Payu Dara Kecil Atau Sederhana



Kepada wanita diluar sana ,anda tidak perlu risau atau bimbang dengan wanita yang mempunyai payudara lebih besar daripada anda.Jangan sesekali berasa rendah diri dengan saiz payudara anda yang kecil. Setiap kejadian pasti ada kebaikan.Begitu juga dengan payudara yang kecil.Berikut merupakan beberapa faedah payudara kecil:

1. Elak gangguan seksual
Kepada wanita berpayudara kecil, anda dapat mengelakkan diri daripada sekumpulan lelaki yang selalu memandang payudara dan suka membuat gangguan seksual terhadap wanita.

2. Penyayang dan setia
Kebiasaannya wanita yang mempunyai payudara kecil lebih penyayang dan setia terhadap kekasih atau suami dan jarang berlaku curang.

3. Kepuasan seks lebih cepat
Kepada kaum lelaki, anda tidak perlu bimbang jika tidak dapat memuaskan isteri pada detik malam pertama.wanita payudara kecil lebih cepat teransang dan mempunyai waktu klimaks dengan cepat berbanding wanita payudara besar.

4. Berpakaian lebih sopan
Wanita payudara kecil berpakaian lebih bersopan dan tidak terlalu mendedahkan payudara seperti wanita berpayudara besar.

5. Bebas melakukan aktiviti sukan
Melakukan aktiviti sukan seperti olahraga dengan tenang kerana tidak perlu risau kerana payudara kecil lebih ringan. dan senang dibawa kemana-mana.

6. Tidur pelbagai posisi
Payudara yang kecil lebih memudahkan seseorang untuk tidur dengan pelbagai posisi sekalipun.Contohnya tidur meniarap dan menyiring.

7. Selesa tanpa coli
Payudara kecil lebih selesa walaupun tanpa memakai coli dan bentuk payudara tidak begitu ketara disebalik pakaian.

Lelaki Buat Seks Dengan Kerusi

Empat anggota penyelamat Hongkong harus menghabiskan 4 jam di sebuah taman untuk membebaskan kemaluan seorang lelaki yang tersangkut di salah satu lubang kerusi di taman Lantian, Hongkong.


Dari pengakuan lelaki malang tersebut, beliau tersangkut di situ kerana sedang melakukan onani (faham-faham je la macamana dia buat). Beliau memasukkan kemaluannya ke dalam salah satu lubang tersebut, dan tanpa disangka kemaluannya mengembang (faham-faham dah la..) dan tersangkut di situ. Malangnya ia tidak boleh dicabut dan memaksa lelaki berusia 41 tahun itu menghubungi pihak polis meminta bantuan.

Untuk membebaskan kemaluan lelaki tersebut, anggota penyelamat terpaksa membawanya bersama dengan bangku besi sepanjang 2.5 meter tersebut ke hospital. Doktor hospital tersebut mengatakan bahawa lelaki itu beruntung kerana tiada masalah pada kemaluannya selepas ditanggalkan dari lubang besi kerusi tersebut dan lelaki tersebut disyaki seorang yang kurang siuman dan mengidap kelainan seks.

Fida Jawab Isu Peluk Iqram Dinzly




KEBIASAANNYA artis yang menutup aurat jarang dilihat tampil di dalam kaca televisyen melakukan adegan berpelukan mahupun berpegangan tangan. Namun, bagi pendatang baru industri lakonan, Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim dilihat telah memecah norma sopan yang telah dibentuk sejak awal dia memasuki industri ini beberapa tahun lalu.

Fida telah melakukan babak berpelukan bersama aktor Iqram Dinzly di dalam drama bersiri Kasih Alia yang sedang ditayangkan di saluran TV3.

Melihatkan babak tersebut, ramai yang berpendapat mungkin tidak manis bagi seorang wanita muslimah bertudung litup bersetuju untuk melakukan adegan itu. Namun, bagi gadis berumur 27 tahun ini, dia ada alasan tersendiri terhadap persoalan mengapa babak tersebut terjadi.

"Pertama sekali, Fida ingin meminta maaf jika ada peminat yang terasa dengan apa yang berlaku. Sebenarnya, perkara itu terjadi secara spontan. Ketika itu babak kami dihalau dari wad dan ia babak yang sangat sedih.

"Mungkin kerana terlalu menjiwai, Iqram secara tidak sengaja tertarik Fida dan jika dilihat dari mata kasar memang nampak seperti kami berpelukan, namun pada hakikatnya tidak. Tapi bila perkara-perkara sebegini berlaku, Fida sebagai pelakon perlu bersedia menghadapi semua ini," jelas anak kelahiran Kuala Lumpuri itu yang mengatakan semua ini dipelajari dari kesilapan lalu.

Tambah Fida, pengalaman sebelum ini telah memberi kesedaran buat dia untuk menghormati dan mendengar arahan 'cut' dari pengarah. Katanya, sebagai orang baharu yang hanya berbekalkan pengalaman dua tahun dalam industri lakonan, siapalah dirinya untuk mendahului pengarah.

Cerita gadis itu lagi, pernah beberapa kali sebelum ini memberhentikan babak yang dilakonkan kerana dirasakan tidak sesuai dengan dirinya. Namun, insiden itu telah menyebabkan dirinya ditegur beberapa kali dan pernah juga dimarahi.


FIDA dan Mamat sudah berkawan rapat sejak enam bulan lalu.

Menjelaskan apa yang berlaku, cerita Fida sebenarnya dia menggunakan tekniknya tersendiri untuk melakonkan babak tersebut. Apa yang dilihat mungkin tidak sama dengan apa yang berlaku. Jelas Fida, Iqram ketika itu tidak memeluknya erat.

"Apa yang boleh Fida lakukan ialah Fida gunakan teknik sendiri. Jika perasan, Fida meletakkan tangan kiri di bahagian hadapan badan dan Iqram hanya meletakkan tangannya ke bahu Fida. Fida terkejut sebenarnya dengan tindakan Iqram namun Fida tidak boleh berbuat apa-apa.

"Perkara tersebut berlaku secara tidak sengaja dan sebagai pelakon baharu, Fida perlu ikut apa yang dimahukan pengarah, namun perkara tersebut berlaku dengan cepat kerana apabila kita melakonkan sesuatu babak terutamanya yang bermain dengan emosi, kadangkala ia terlepas," jelas Fida mengenai babak yang menjadi kontroversi itu.

Apa yang pasti, jika pernah mengenali dan berjumpa dengan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini, dia agak terbuka jika dibanding dengan aktres muda muslimah yang lain. Fida tidak kisah untuk bersalaman dan bergambar rapat bersama lelaki.

Menjawab persoalan tersebut, Fida yang ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini menjelaskan, pada pendapat dirinya, apabila seseorang menghulurkan tangan untuk bersalaman, jika kita menolak ia ibarat mengaibkan lelaki itu di hadapan orang ramai yang terlihat.

"Memang perkara seperti itu tidak patut berlaku, namun bagi pendapat Fida, banyak lagi perkara lain yang kita perlu ikut dan rasanya ini bukanlah perkara besar.

"Ini kerana, banyak lagi perkara berat yang kita perlu dititikberatkan. Cuma, jika perkara sebegini berlaku, janganlah kita terlalu ingin menjaga maruah dan tatasusila sehingga mengaibkan orang lain," ujar Fida jujur mengakui perkara yang dilakukannya.

FIDA dan Mamat kelihatan intim sepanjang rakaman program Melodi Raya baru-baru ini.


Serius dengan Mamat

Cerita cinta Fida dan Mamat dari Kumpulan Sepah bukanlah perkara baharu yang perlu disorokkan lagi. Walaupun begitu, kisah percintaan mereka masih kabur dan tidak begitu jelas memandangkan kedua-duanya tidak memberikan jawapan yang pasti sebelum ini dan hanya gambar dan khabar angin yang tersiar dalam laman web.

Namun, baru-baru ini, Mamat sendiri pernah mengeluarkan kenyataan dia mahu merisik Fida untuk dijadikan isteri. Namun, bagi Fida, seperti perjalanan kariernya yang masih baharu, begitu juga perhubungannya bersama Mamat.

Ujarnya, tempoh enam bulan merupakan tempoh yang masih segar dalam sesebuah perhubungan dan mereka berdua telah mengambil kata sepakat untuk mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu.

"Saya akui dia lelaki yang paling rapat dengan saya setakat ini. Tapi kami ingin kenal dengan lebih dekat lagi. Fida tertarik dengan kejujuran yang ditunjukkan oleh Mamat.

"Oleh itu, Fida beri peluang kepada dirinya dan diri Fida sendiri ruang untuk mengenali diri masing-masing. Sebelum ini juga, Fida tidak pernah dikaitkan dengan sesiapa," tutur Fida sambil tersenyum manis saat berbicara mengenai kisah cintanya.

Katanya dia tertarik dengan Mamat kerana walaupun perangainya yang mungkin gila-gila, namun dia punyai satu bahagian lain yang menampilkan ciri-ciri kemelayuan.

Diambil sebagai contoh, semasa membuat promosi filem terbaharu mereka, Fida tertarik dengan tandatangan yang diturunkan oleh Mamat yang dtulis dalam tulisan jawi. Pertama kali terlihat seorang artis berbuat begitu, hatinya terus terpaut meminati jejaka tinggi lampai itu.


JANGAN SAMPAI KAMI KIRIM KENCING KEPADA PM!



NEKAD....Ahmad nekad menunjukkan air kencing yang ditadahkan dan dirakamkan secara 'live' oleh SabahkiniTV. 

KENCING....Ahmad sedang memasukkan air kencingnya ke dalam botol sebelum berpaling kepada Krew SabahkiniTV.
CUKUP....Ahmad menunjukkan tangki simpanan air dan gambar kecil, air bersih yang dibuang daripada tangki simpanan berkenaan.


Oleh : 
CITRA MASADI
“JANGAN sampai kami kirim kencing kepada Perdana Menteri gara-gara Shafie Apdal,” kata Setiausaha JKKK Kg. Cenderawasih, Kunak, Ahmad Bin Andi Mangga yang telah menunjukkan aksi berani memasukkan kencingnya ke dalam botol minuman yang mempunyai gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mengungkapkan kata-kata di atas sambil menunjukkan botol yang mengandungi kencingnya untuk rakaman video.

Ahmad menyatakan beliau terpaksa bertindak ‘kurang ajar’ untuk mengajar Shafie yang terlalu cuai dan kurang peka dengan aspirasi penduduk luar bandar terutama yang mengalami gangguan bekalan air disebabkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang dilaksanakan tanpa pemantauan KKLW.
“Selama ini kita tidak pernah mengalami gangguan air, tetapi projek demi projek yang dilaksanakan KKLW telah dibuat tanpa sebarang notis sehingga mengganggu bekalan air ke kampung kami. Kadang-kadang satu bulan tiada air. Terpaksa beli daripada lori,” kata Ahmad yang berang kerana aduannya terhadap Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Jabatan Air tidak diendahkan langsung.


Menurut Ahmad, bekalan air di Kunak cukup untuk tempoh tiga puluh tahun daripada sekarang, malah terpaksa dibuang setiap hari bagi membolehkan kontraktor (Lahad Datu water Supply) memenuhi kuota bekalan air bersih setiap hari.

“Kalau mau buat projek, buatlah. Maklumkan kepada JKKK atau penduduk. Sekarang zaman modern. Semua maklumat di hujung jari. Tetapi kenapa buat senyap-senyap dan pasang paip tanpa papantanda sehingga kerja-kerja berkenaan mengganggu bekalan air ke kampung kami,” kaya Ahmad yang menuding jari kepada Shafie kerana ghairah meluluskan projek tanpa mengkaji kesesuaiannya.

Tegas Ahmad, hanya Sub-kontraktor yang menjalankan kerja memasang paip baru untuk projek BALB Tingkayu, namun kerja mereka tidak diselia oleh Jurutera Jabatan Air atau Juruperunding yang dilantik.

“Tetapi jangan jadikan kami mangsa projek. Mereka mau kayakah, mau telan itu wang projek, telanlah, tetapi kenapa bekalan air kami diputuskan? Bil kami bayar. Meter kami ada, tapi keluar angin saja. Mau bilang tangki simpanan Jabatan Air tiada air, penuh pula; sampai dibuang ke parit. Apa semuanya ini?,” tanya Ahmad yang kesal kerana KKLW melantik kontraktor yang tidak berkelayakan menjalankan kerja penting berkenaan.

Oleh itu kata Ahmad, sebelum mereka bertindak memboikot pilihanraya umum akan datang atau memberikan undi mereka kepada pembangkang, Shafie wajib turun padang untuk melihat masalah penduduk kampung yang sengsara akibat pelaksanaan NKRA menyusahkan rakyat dan mengkayakan kroni Shafie.

SabahkiniTV akan menyiarkan rakaman video 'Aksi Hangat' Ahmad menjelang Hari Raya Aidil Fitri.

SUMBER
http://sabahkini.net/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...