Pages

Saturday 13 August 2011

Tomboy VS Pengkid

Tomboy 
Tomboy adalah gelaran untuk wanita2 yang berpewatakan seperti lelaki dari segi percakapan, penampilan dan sebagainya, namun mereka masih mempunyai naluri keperempuanan.


Kawan2 korang ada tak yang tomboy?

Takde? Tapi mesti korang pernah jumpa dengan tomboy kan kan kan?

Tomboy ni biasanya berpunca daripada faktor sekeliling.
sebagai contoh:

  • adik beradik semuanya lelaki
  • kawan lelaki mereka lebih ramai daripada kawan perempuan
  • minat dengan gaya bersahaja yang tak perlu bersopan santun/mengikut tatatertib seperti kaum perempuan
sekadar hiasan
Diorang ni nampak je ganas. tetapi, hati tu berbunga2 lagi.haha

Walaupun luaran keras tetapi diorang pun ada perasaan cintakan lelaki.
Tapi, masalahnya sekarang ni, lelaki2 sekeliling diorang ni tak faham.

Diorang ingat dia ni sukakan perempuan atau erti kata lain lesbian.
Padahal tidak, mereka juga macam perempuan lain yang ada perasaan cinta kepada lelaki,
dan semestinya lelaki mahukan perempuan yang ayu dan mempunyai 100% watak perempuan.

So, bila perempuan tomboy ni, mereka akan hanya pandang sebelah mata.
Perkara macam ni lah yang sering berlaku terhadap golongan tomboy ni dan berakhir dengan kekecewaan. 

Apa yang bagusnya tomboy ni, diorang ni senang untuk kita dekat.
Perwatakan diorang yang happy go lucky tu buat orang sekeliling selesa berkawan dengan diorang.
Diorang juga boleh dijadikan tempat luahan perasaan dan diorang akan jadi seorang yang sangat supportive.
Itu dia kelebihan mereka.



Pengkid

Pengkid adalah perempuan yang ingin menjadi lelaki. mereka merahsiakan identiti mereka sebagai perempuan dan menukar penampilan, cara bercakap dan perwatakan supaya 100% kelihatan seperti lelaki biasa.


Pernah jumpa pengkid?

Susah sikit nak jumpa pengkid ni.

Tapi kalau kat KL ni, senang je nak cari.

Pergilah merayau mana2 shopping complex, bersepah korang akan jumpa pengkid tengah berkepit dengan perempuan biasa.

Apa? Berkepit dengan perempuan biasa?
yes, mereka tak macam tomboy yang cintakan lelaki.
Perempuan pengkid ni lebih sukakan kaum mereka sendiri iaitu perempuan.
Dalam erti kata lain errr lesbian. 



sekadar hiasan
Punca perempuan pengkid ni adalah apabila wujudnya istilah benci terhadap lelaki dalam hati mereka apabila mereka:
  • Dirogol berkali2 dan membuatkan mereka tidak percaya kaum lelaki
  • Didera oleh kaum lelaki dan membuatkan mereka ingin bangkit melawan semula.
  • Asalnya tomboy dan seringkali dikatakan seperti lelaki dan akhirnya mereka betul2 ingin menjadi lelaki.
Ramai kaum perempuan yang jatuh cinta dengan pengkid ni.Yes, inilah realiti.
Benda macam ni berlaku kerana mereka yakin yang golongan pengkid ni lebih memahami hati mereka daripada golongan lelaki.

Golongan pengkid ni juga berpewatakan protective terhadap kaum perempuan dan ini yang membuatkan perempuan boleh cair dengan golongan pengkid ni.

Kaum pengkid ni juga kalau kita perasan mereka kurang kawan lelaki.
Tak macam tomboy kan? Kalau tomboy kawan lelaki lagi ramai berbanding kawan perempuan.

Tetapi bagi pengkid ni, lelaki tiada dalam hidup mereka.

Mereka tak perlukan lelaki disebabkan faktor2 kat atas tu.



So, dah nampak kan perbezaan tomboy dan pengkid?
Ramai orang ingat istilah tomboy dan pengkid ni sama je.

Sebenarnya tidak dan jauh berbeza kan?

1 comments:

ieda othman said...

betol betol betol . ramai yg salah anggap . tomboy masih seorang perempuan tapi pengkid everything lelaki . :D

Post a Comment

Sila komen dengan jujur :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...