Pages

Friday 12 August 2011

13 Cara Memanggil Setan Diprotes


Selepas filem berbaur lucah Arwah Goyang Kerawang dan Suster Keramas ditayangkan, industri perfileman Indonesia dilanda kontroversi sekali lagi, kali ini membabitkan filem yang baru seminggu ditonton di pawagam berjudul 13 Cara Memanggil Setan.Filem yang mendapat izin tayang Lembaga Penapis Filem Indonesia (LSF) dianggap pelbagai pihak sebagai filem yang melampaui batas kelucahan, walaupun dalam kategori seram.

Semalam, anggota tiga buah pertubuhan, Front Pembela Islam (FPI), Laskar Pembela Islam (LPI) dan Gerakan Pembela Rasulullah (Gempur), mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat LSF di Jalan MT Haryono, Jakarta Selatan mendesak tayangan filem itu dihentikan kerana berpendapat filem itu ‘lucah terlampau’. Malah, ketua FPI Jakarta, Habib Salim Selon, memberi amaran pihak bersedia mengambil tindakan membubarkan LSF jika tayangan filem itu tidak dihentikan.

“LSF sudah memberi izin tayang kepada filem itu, bagaimanapun jika ia tidak dihentikan dalam tempoh sebulan, kami akan bertindak,” katanya.

Penerbit filem, Ki Kusumo, berkata filem itu sudah memperoleh jumlah penonton 500,000 orang tetapi enggan mengulas mengenai demonstrasi yang diadakan.


Filem 13 Cara Memanggil Setan mengisahkan mengenai Dilo, Tera, Sonya, Essy, Venus dan Fredi membeli buku di sebuah kedai. Secara kebetulan, Fredi terjumpa sebuah kitab Jawa kuno menceritakan mengenai 13 cara memanggil syaitan.

Fredi terkejut apabila mendapati kitab itu kosong. Bagaimanapun, apabila Dilo mengambilnya secara senyap-senyap daripada Fredi, dia melihat arahan yang ditulis dengan darah menyuruhnya membaca kitab itu..

0 comments:

Post a Comment

Sila komen dengan jujur :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...