Pages

Sunday 14 August 2011

Ayunya Fauziah Gous Bertudung tapi…





Adakah Fauziah Gous bertudung cuma sekadar untuk menerima bayaran lumayan sebagai pelakon. Apa salahnya jika beliau terus sahaja dengan bertudung dalam kehidupan seharian, jika dalam drama boleh bertudung kerana mengikut kehandak watak dan skrip.Tidakkah diluar drama bertudung atau menutup aurat itu sebagai mengikuti perintah Allah dan Rasul.



Jojie…


Azizah Mahzan…
Azizah sudah berhenti berlakon kerana merasakan selalu dipermainkan


Irma Hasmie


Kata Irma Hasmie…
“Setakat ini hati saya belum terdetik lagi untuk berhenti daripada bidang lakonan sejak bertudung. Alhamdulillah pihak produksi begitu memahami cara saya bekerja.
“Saya bukannya tetapkan syarat yang bukan-bukan, cuma saya meminta mereka untuk memperuntukkan masa selama 30 minit setiap kali waktu solat kerana mahu membuang dan memakai solekan,” katanya.
Tambah Irma, berimej tudung bukanlah menjadi satu alasan untuk dia sukar menunaikan tugas lakonan kerana baginya pengurusan masa amat penting dalam bidang tersebut.
“Saya percaya, selagi kita bijak menguruskan masa, insya-Allah, apa-apa perkara yang ingin dilakukan akan terlaksana.
“Setakat ini, saya tidak ada masalah dengan setiap penggambaran yang dilakukan. Watak yang ditawarkan juga sesuai dengan imej saya,” ujarnya.
Tambah Irma, dia juga bersyukur kerana sehingga kini, dirinya tidak putus-putus menerima tawaran berlakon serta menjadi pengacara.
Ditanya pula adakah dia sudah mempunyai kekasih baru sejak putus cinta dengan Nabil Raja Lawak, kata Irma, hatinya masih lagi belum dimiliki.
“Kalau boleh, saya tidak mahu bercinta dan bergelar ‘kekasih’ seperti sebelum ini.
“Bila berjumpa dengan lelaki yang sesuai, saya mahu kahwin terus. Tetapi, saya kenalah kenal dirinya dalam masa beberapa bulan dahulu. Nanti tersalah pilih pula,” selorohnya yang bakal mengacara program Solehah di TV Al Hijrah.
petikan dari (mStar)

abu shahid

0 comments:

Post a Comment

Sila komen dengan jujur :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...